Kemajuan artileri Artileri

Gabungan peluru dan ubat bedil dalam satu unit, kelonsong, berlaku sekitar 1620-an dengan beg kain mudah, dan dengan pantas diterima pakai olek semua negara. Ia mempercepatkan pengisian dan menjadikannya lebih selamat, tetapi cebisan beg yang tertinggal menambahkan kekotoran dalam laras meriam dan perkakasan baru—artileri cacing—diperkenalkan bagi menyingkirkannya. Gustavus Adolphus dikenal pasti sebagai jeneral yang memperkenalkan semula meriam dilapangan [ertempuran—menggalakkan pembangunan senjata yang lebih ringan dan kecil dan menggunakannya dalam jumlah lebih besar berbanding sebelumnya. Tetapi keputusan pertempuran masih ditentukan menerusi pertempuran tentera pejalan kaki.

Peluru meriam, projektile berfisu berisi bahan letupan, turut dibangunkan pada abad ke-17. Pembangunan jenis khas—artileri pada kapal, meriam katak dan senjata Mortar—juga bermula pada tempoh ini. Reka bentuk lebih luar biasa (esoteric), seperti ribauldequin pelbagai laras, turut dibina.

Buku pada abad ke-17 oleh Polish-Lithuanian Commonwealth inventor Kazimierz Siemienowicz "Artis Magnae Artilleriae pars prima" ("Seni Agung Artileri - Great Art of Artillery, the First Part," atau juga dikenali sebagai "Seni Lengkap Artileri - The Complete Art of Artillery") merupakan salah satu penerbitan paling penting mengenai bidang artileri Selama lebih kurang dua dekad manuskrip ini digunakan di Eropah sebagai buku panduan artilleri.

Meriam terus menjadi semakin kecil dan ringan—Frederick II dari Prussia menggunakan Artileri ringan sebenar pertama semasa Perang Tujuh Tahun—tetapi sehingga pertengahan abad ke-19 peningkatan dalam metallurgi, kimia, pengilangan dan sains lain tidak menukar reka bentuk asas dan operasi meriam.

Laras berpilin telah diuji pada senjata ringan pada abad ke-15. Mesin yang mampu memilin laras meriam dengan jitu tidak wujud sehingga abad ke-19. Cavelli, Wahrendorff, dan Whitworth kesemuanya secara terasing mencipta meriam berpilin pada 1840-an, tetapi meriam jenis ini tidak digunakan secara meluas sehingga akhir Perang Saudara Amerika—apabila reka bentuk seperti meriam Rodman pelbagai kaliber menonjol.

Artileri terus menonjol pada abad ke-18 apabila Jean-Baptiste de Gribeauval, jurutera artileri Perancis memperkenalkan piawaian bagi reka bentuk meriam. Dia mereka meriam katak medan 6-inci yang larasnya, pedati tenggekan dan spesifikasi peluru dijadikan sekata bagi kesemua meriam Perancis. Piawaian bagi bahagian boleh tukar meriam ini sehingga kepada skru dan nat menjadikan penghasilan pukal dan pembaikian lebih mudah. Satu lagi perubahan utama masa itu adalah pembangunan mekanisma menembak flintlock bagi meriam. Kaedah lama menembak meriam membabitkan penggunaan linstock atau mancis untuk menyalakan sejumlah kecil ubat bedil pada liang bedil yang ditebuk pada laras. Teknik ini mudah silap kerana serbuk belerang boleh dipadamkan oleh hujan dan jumlah ubat bedil yang terlalu banyak boleh menyebabkan bedil berkecai. Mekanisma flintlock sebaliknya hanya perlu di pasang dan apabila picu ditarik batu api pada penukul menghentam (frizzen) memercikkan bunga api pada kuali dan meletupkan peletup pada kuali bedil dan meletupkan letupan pada cekahan (breech). Picu itu pula boleh diikat kepada lanyard dan ditarik pada jarak selamat. Perubahan ini berlaku pada 1789 terbukti berkesan dalam penaklukkan Napoleon.

Dari 1860-an artileri melalui beberapa siri pertukaran teknologi dan operasi yang pesat, memecut semakin pantas sepanjang 1870-an dan selepasnya. Pengisi muat belakang (breech-loaders) yang berkesan pertama (membenarkan krew meriam untuk beroperasi semasa berada dibelakang perisai halangan) dimajukan pada 1880-an, dengan meriam pertama yang mengandungi kesemua ciri-ciri moden secara umumnya dianggap meriam Perancis 75 (Canon de 75 modèle 1897) tahun 1897—dengan peluru bersama ubat bedil (cased ammunition), muat belakang (breech-loading) yang berkesan, modern sights, mekanisma tembak lengkap (self-contained), dan terutamanya pemendam anjal hidro-pneumatik.

Pada abad ke-19 artileri akhirnya dipisahkan kepada jenis ringan, mudah digerakkan dan mampu bergerak bersama tentera, sementara senjata yang lebih besar, digunakan bagi tembakan tidak secara lansung (indirect fire). Pilihan kedua, menggunakan tembakan tidak lansung, mendorong pembangunan teknologi dan doktrin yang telah menghasilkan senjata artileri kini.

Menjelang Perang Dunia II pembangunan senjata berdekat malah berabad lamanya menjadi semakin matang; sains balistik dan kimia letupan telah mencapai kesempurnaan berdasar teknologi masa itu. Boleh dikatakan pembangunan baru yang penting adalah peluru sabot dan peluru peletup lopong (hollow-charge projectile), kedua-duanya agak penting semasa Perang Dunia II."[1]